APRIL FOOL ? WTH =='


SEMUA KAT FACEBOOK HARI NIE SIBOK DENGAN APRIFOOL 'S WISHES . APAKEBENDA ? SEMAK NEWS FEED LELA . AHAISHH BEDOSA WEYH ! SEMAK TAHU TAK ?

Setiap kali menjengah nya tarikh 1 April, pastinya ada anak2 muda yang sering membuat kejutan mahupun 'surprise' yang ada diluar jangkaan. Ini lah fenomena yang sering melanda anak2 muda pada zaman sekarang ni, iaitu fenomena APRIL FOOL .


Ini lah yang sering terjadi bila menjelangnya 1 April .

Pada mereka perkara ini adalah hanya untuk suka-suka sahaja. Mengenakan orang lain adalah perkara yang menggembira kan mereka. Namun tahukah anda, wahai para Muslimin dan Muslimat sekalian, mengapa di Malaysia APRIL FOOL di haram kan? Jom kita ikuti kisah nya :


KENAPA APRIL FOOL'S DAY HARAM?

Berkurun-kurun lama dahulu, kerajaan Islam Sepanyol yang telah lama bertapak di sana telah menghadapi kekalahan di tangan tentera Kristian. Maka penduduk-penduduk Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah mereka untuk menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun tentera Kristian tidak berpuas hati kerana tidak dapat menghapuskan orang Islam.

Maka tersebarlah berita bahawa orang Islam yang ingin selamat boleh menyelamatkan diri mereka dengan menaiki kapal yang berlabuh di pelabuhan dan untuk memastikan berita itu benar mereka sendiri pergi menyiasat adakah berita itu benar. Setelah pasti dengan khabar berita itu, maka beramai-ramailah orang Islam Sepanyol ke pelabuhan dengan harapan mereka boleh menyelamatkan diri dari tentera Kristian.

Namun sebaliknya yang berlaku. Tentera Kristian mengambil kesempatan menghapuskan umat Islam dengan membakar rumah dan kapal-kapal di pelabuhan dan orang-orang Islam di Sepanyol dibunuh beramai-ramai termasuklah lelaki, perempuan dan kanak-kanak pada tanggal 1 April. Inilah hari yang diraikan oleh rakyat Sepanyol setiap tahun untuk mengingati kemenangan tentera Kristian ke atas orang Islam yang dibunuh oleh mereka dan inilah sejarah yang mengaitkan April Fool dengan orang Islam.


Tahukah anda?

Bila anda meraikan APRIL FOOL, terutamanya untuk orang-orang Islam, seolah2 anda telah meraikan kejayaan orang-orang Kristian Sepanyol dalam menipu, memecahbelahkan umat islam, serta menyebabkan pertumpahan darah orang-orang Islam berlaku . Nyawa-nyawa yang tidak berdosa diragut kerana penipuan yang telah dilakukan oleh orang-orang Sepanyol terhadap umat-umat Islam.

KENAPA TIDAK DIBENARKAN ?

1.Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
2.Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
3.Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
4.Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan...

Jadi, adakah anda masih mahu menyambut APRIL FOOL?
BIG THANKS TO SIS SERI

Fikir-2 kan dan selamat beramal :)



0 comments:

 
Segala Yang Tercatat Diatas Adalah Hak Milik Laila