korang chill okey . rileks . bukan menangis dapat setelkan masalah . sini meyh laila nak share sikit .
1. Perbanyakkan Ingat ALLAHAdalah penting pada saat ini hati dalam keadaan tenang. Untuk mendapat hati yang tenang dan sakinah, maka perlulah diperbanyakkan diri itu mengingati ALLAH. Firman ALLAH Ta`ala yang bermaksud:
“Ketahuilah hanya dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang” (Surah Ar-Ra`d, 13:28)
Apabila hati tenang, insyaALLAH kita akan rasional dan redha dengan semua situasi yang menyinggahi setiap fasa kehidupan kita.
2. Syukur dan Sabar
Dalam menghadapi ujian kehidupan yang penuh dengan ketidaktentuan ini, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:
“Memang sangat menakjubkan keadaan orang mukmin itu; kerana segala urusannya sangat baik baginya dan itu tidak terjadi kecuali bagi seseorang yang beriman, di mana apabila ia mendapat kesenangan ia bersyukur, maka demikian itu sangat baik baginya. Dan apabila ia ditimpa kesusahan, ia sabar, maka yang demikian itu sangat baik baginya.” (HR Muslim)
Jika keputusan yang baik diterima, maka bersyukurlah kepada ALLAH. Sebaliknya, jika keputusan yang diterima tidak menepati harapan, malah meleset pula, maka bersabarlah. Dengan bersabar, insyaALLAH banyak kebaikan akan datang.
3. Redha Dengan Keputusan Yang Diterima
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:
“Jika kamu tertimpa sesuatu, janganlah mengucapkan, “Seandainya/kalaulah saya berbuat begini dan begitu” tetapi katakanlah, “ALLAH telah mentaqdirkannya”, apa yang telah dikehendakiNYA pasti akan terjadi, kerana sesungguhnya kata-kata “seandainya/kalaulah” itu membuka jalan bagi Syaitan.” (HR Muslim)
Di dalam hadith di atas, kita disuruh agar tidak berkalau-kalau apabila telah berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Dalam situasi menghadapi keputusan SPM, janganlah kita berkata, “kalaulah dulu aku belajar rajin-rajin…”, “seandainya aku baca topik ini dan itu…” dan seumpamanya. Kerana ini akan menyebabkan kita didatangi perasaan yang sangat kacau, sedih, menyesal, gelisah dan murung. Perasaan ini akan menatijahkan sesuatu yang lebih buruk kepada diri. Dan Syaitan akan mula mengambil kesempatan untuk membisikkan perkara yang bukan-bukan untuk difikirkan dan dilakukan.
Sebaliknya, terimalah hakikat itu dan redholah. Bersifat positiflah. Kuatkan Iman bahawa semua yang terjadi adalah semuanya sudah ditentukan ALLAH dan pasti mempunyai hikmah tertentu yang disembunyikan olehNYA, yang belum dinampakkan olehNYA kepada diri kita. Seterusnya, mulakanlah rancangan untuk memiliki masa hadapan yang lebih cerah, sejak dari sekarang.
hope korang dapat result yang gempak . yang result biase-biase tu chill la . ada rezki ada la :)
0 comments:
Post a Comment