

alhamdulilah syukur ke hadrat illahi kerana laila dan anda semua masih dipanjangkan umur , dapat merasakan nikmat yang diberikan Allah swt .
act laila baru sudah sarapan pagi bersama ibunda tersayang sambil menonton drama bersiri di tv1 .sayu , sebak pula laila tengok drama tu .
serius sedih . kisah remaja lelaki yang tidak berhati perut . sanggup mencuri harta kedua orang tuanya sendiri demi kepentingan dan kepuasan diri . astagfirullah . sampai hati lelaki itu kan
korang semua tak macam tu kan ?



syukur alhamdulilah kalau begitu .

berkenan dengan tajuk yang laila hendak share dengan korang pada pagi jumaat yang indah ini ialah " fadhilat Jumaat "
kebetulan hari ini hari jumaat kan ? okey . marilah sama-sama kita mengambil ikhtibar dengan apa yang laila nak sampaikan ini . by the way . korang semua mesti dah tawu kan " fadhilat Jumaat " tu apa? tetapi ada jugak segelintir yang tidak tahu . sokey kat sini laila nak share dengan korang . yang mana dah tahu tu boleh la tambahkan ilmu pengetahuan korang .


- Hari jumaat merupakan penghulu segala hari.
- Ia mempunyai kemuliaan yang agung disisi Allah.
- Pada hari jumaat jugalah penduduk syurga diberi keizinan untuk menziarahi Allah.
- Pada hari jumaat akan berlaku kiamat.
- Pada hari jumaat Allah menciptakan Nabi Adam a.s.
- Pada hari jumaat terdapat saat ijabah iaitu saat diperkenankan doa secara mutlak, sedangkan saat ijabah itu disamarkan pada hari-hari lain.
- Hari istimewa bagi hari-hari yang ada didalam seminggu.
- Sebaik-baik hari yang matahari itu terbit padanya.
- Allah S.W.T. akan membebaskan pada hari itu seramai 600,000 (enam ratus ribu) orang dari seksaan api neraka.
- Sesiapa yang mati pada hari jumaat atau pada malamnya, Allah catat dia dengan memperolehi pahala seperti pahala orang yang mati syahid.
- Sesiapa yang mati pada hari jumaat dan malamnya, terselamat dia dari seksa kubur.
sabda Nabi s.a.w
apabila kamu berada pada hari jumaat dan malam jumaat , maka hendaklah kamu memperbanyakkan salawat keatas ku
insyalah setakat ini sahaja yang laila nak kongsi dengan korang semua . moga - moga semakin hari semakin bertambah keimanan kita kepada-Nya . amin ~salam ukhwah dari laila 

p/s : yang kaum adam tuh jangan asyik nak online je ye . kejap lagi jangan terlepas pula " solat Jumaat " tu 1 minggu 1 kali je kan ? hihi
0 comments:
Post a Comment