Tanda-Tanda MATI

korang bile cakap nak mati nie semua orang taknak kan ? tapi semua orang kena ingat bahawa mati itu BENAR . Korang punya bekalan dah cukup ke? hehe . zaman sekaarang nie manusia dah tak endah dah dengan semua nie . right ? pakai redah ja . hmm tapi kadang - kdang laila pon macam tu . xpela kiter kena la saling mengingati taw . sini laila nk share lagi tentang TANDA - TANDA MATI . kat sekolah pon cikgu selalu cakap kan ? tapi bukan semua orang tahu . so sama - sama la kita baca nie


100 hari

Seluruh badan rasa bergegar.


60 hari
Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari
Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu akan mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 hari
Mengidam makanan.

5 hari
Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari
Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari
Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.


1 hari
Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.


Saat akhir
Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan)


Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

Untuk pengetahuan semua, pada hari ke-44 air mani lelaki dan telur wanita bercantum, Allah s.w.t. telah mencampurkan sekali tanah yang akan menjadi kubur kita nanti.


Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Sekian untuk ingatan kita bersama.


0 comments:

 
Segala Yang Tercatat Diatas Adalah Hak Milik Laila