menanti dan terus menanti akhirnya ..

kehadapan sahabatku laila . . barang yang saya janjikan kepada awak suatu ketika dahulu sudahpun saya hantar . harap awak terima dengan hati yang terbuka .

cute girl beauty hair style alone | lovepictures

setiap hari lela termenung di depan jendela seorang diri . lepas balik sekolah mesti laila tunggu . tunggu abang hensem datang bagi hon kat laila . tapi hampir setiap hari abang hensem tu tak datang jugak . dia singgah rumah orang lain tapi kenapa bila sampai depan rumah laila ja dia sikit pun tak pandang . buruk sangat ka rumah laila sampai hati abang hensem nie . alangkah bahagianya kalau abang hensem nie singgah atau pun pandang sikit ja kat rumah laila nie walaupun rumah nie tak secantik rumah jiran laila . hmm hampa perasaan nie tuhan sajala tahu .

keesokan harinya lepas laila balik sekolah laila tunggu lagi . tunggu dan tunggu hmm seperti hari yang lepas abang hensem tu datang tapi tak singgah juga . kecik hati laila . soalan yang sama bermain difikiran ini . menanti dan terus menanti.

hmm dah 3 hari macam nie . putus asa laila dibuatnya .

juadah untuk makan tengah hari pun sudah dihidangkan . tapi abang hensem nie tak datang juga . ambil keputusan untuk tidur . ma suruh beli susu pula di kedai . baiklah . berjalan dan terus berjalan . Tiba - tiba .. pin pin [ bunyi hon motor ] dalam fikiran laila nie macam - macam yang laila fikirkan . haa nie mesti abang hensem yang hon . akhirnya penantian laila selama 1 minggu sudah pun terjawab . lari dengan selaju - lajunya kerana tak sabar nak tengok apa yang abang hensem nie hantar . sampai susu pun laila lupa nak bayar .

" eyh ada kotak besar dan dikirimkan kepada laila " [ terkedu sebentar ] . ya allah apa nie . adakah ini yang dinanti - nantikan oleh laila . sebuah kotak besar yang sangat cantik. tak sabar pula nak bukak ." ambil pen nie sain kat atas nie . no ic sama " kata abang hensem . dengan hati yang berkobar - kobar jantung nie dah err tak tahu la nak cakap laila pun sain la tanda yang laila sudah terima barang nie .terimakasih abang hensem sebab sudi hantarkan barang nie kat rumah . ingat dah taknak singgah .

senyuman terukir diwajah laila sehinggakan ibu tertanya - tanya apa yang lucunya laila ? hihi nie ha ibu ada someone yang kirimkan barang . sambil jalan menuju ke ruang tamu . eyh laila mana susunya ? tanya ibu . err maaf ibu lupa pula tertinggal di kedai tadi hihi . ya allah betuah punya anak cepat pegi ambil . arah ibu . belari - dan terus belari menuju ke kedai kembali untuk mengambil barang yang terlupa tadi .

sampai saja di rumah kotak yang besar tadi sudah pun laila bukak . sayang nak berkasar terhadap kotak tu kerana pembalutnya sungguh memikat hati laila . perlahan demi perlahan laila membukak balutan itu . tiba - tiba ..

subhanallah . besarnya teddy bear nie . baju nie cantiknya . kenapa comel sangat . gebuunya . tanpa menghairankan ibu yang di sebalah laila tu dengan muka yang tak tahu malu nie terus laila capai teddy bear itu dan memeluknya dengan erat . ya allah harum nya . apabila laila memeluk teddy bear itu ada sepucuk surat di bahagian bawah teddy itu


" kehadapan sahabatku laila .. saya ingin memohon maaf kerana kehadiran teddy ini membuat awak tertunggu - tunggu . dan menjadi tanda tanya . maaf kerana saya tidak dapat memberi barang ini kepada awak sendiri . saya tidak mampu untuk memandang muka awak lagi . sedih pilu saya dibuatnya .awak ingat tak semasa kita keluar jalan - jalan awak nak sangat teddy bear nie dan baju yang awak idam - idam kan selama ini ? awak asyik lalu dan pegang ja barang tu tapi awak tak pernah nak merungut yang awak nak benda tu . ya saya belikan untuk awak . awak pakailah baju ini sebagai tanda penghargaan . kita sudah tidak macam dahulu lagi . laila .. dahulu awak milik saya . tetapi sekarang awak milik orang lain . tidak mengapa saja redha atas pemergian awak . saya menyesal atas perlakuan saya yang sering menyakitkan hati awak . mohon maaf atas segala tingkah laku saya terhadap awak . 21 . mei saya akan berangkat ke London kerana papa akan menjambung pelajarannya disana . saya dan keluarga akan menetap di sana . . sebelum saya terlupa mama saya jugak memohon maaf kerana terkasar bahasa dengan awak suatu ketika dahulu . awak masih ingat kan . ketika itu awak datang ke rumah saya , awak tidak sengaja pecahkan bikar kesayangan mama saya . itu adalah hadiah dari bapa saya semasa hari lahir mama . mama saya memarahi awak . sehingga kan awak menangis disitu juga . saya melihat raut wajah awak yang dicucuri air mata . tetapi awak sungguh tabah . awak terus meminta maaf kepada mama saya dan merayu untuk menggantikannya kembali . tetapi mama saya menolak awak sehinggakan dahi awak luka dan berdarah . tetapi awak bangun . bangun dengan harapan . raut wajah awak terpangpang yang awak kuat . mengalir air mata saya melihat awak disitu . maafkan saya kerana tidak dapat menolong awak kerana mama tidak membenarkan saya menolong awak . papa tidak sanggup melihat awak di hina . dia mengangkat awak dan terus membawa awak kehospital . kasihan awak laila awak masih ingat yang saya jaga awak di hospital ? saya yang menyuap awak nasi ? saya yang mengelap badan awak dan mencuci luka awak . ibu awak tidak tahu akan perkara ini . awak bermalam di hospital selama 4 hari . kakak saya menelefon ibu awak dan berihatu awak ada dirumah saya . mujurlah ibu awak tidak memarahi kakak saya . selepas awak keluar dari hospital ibu awak datang ke rumah saya dan menjemput awak pulang . ibu saya dan papa awak adalah sahabat karib dari kecil lagi . ibu awak tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi kepada awak . awak tidak membenarkan saya memberitahu kerana awak takut ibu awak akan malu kerana perbuatan awak yang tidak sengaja itu . selepas daripada itu mama saya tidak membenarkan awak berkawan lagi dengan saya . awak tahu tak setiap malam saya menangis . merindukan awak . teringat detik - detik , saat kita bersama dulu sungguh indah . mama ambil handfone saya . lappy , brodband kerana dia tidak mahu saya menghubungi awak . saya kesal dengan perbuatan mama . awak saya memohon maaf . ibu saya ingin berjumpa dengan awak kerana dia kesal dengan perbuatannya tempoh hari . dia menelefon awak tetapi sayangnya tiada perkhidmatan . awak sudah menukar nombor . laila awak adalah sahabat , kekasih saya yang sangat baik hati , tabah dan penyanyang . saya harap dengan pemergian saya ke luar negara ini dapat melupakan awak . tetapi bukan mudah untuk melupakan segala - galanya . saya doakan awak bahagia disamping orang yang tersayang dan ibu awak . sampai kan salam saya kepada ibu awak . terima kasih kerana selama ini dia melayan saya seperti anaknya sendiri . terimakasih kerana sedikan makanan dan tempat tidur untuk saya . menjaga saya ketika demam campak suatu ketika dahulu . adik dan abang - kakak awak sangat baik hati . melayan kerenah saya , bergelak ketawa semasa kita pergi berkelah di langkawi masih mekar di ingatan saya . kita sama - sama mengulangkaji pelajaran dan saling berlumba - lumba semasa peperiksaan . laila.. jasa dan pengorbanan awak dan keluarga awak tidak akan penah saya lupakan . akhir kata jagalah diri awak dan kesihatan awak . belajarlah bersungguh - sungguh . dan saya masih sayang dan rindukan awak . saya tidak tahu bagaimana hendak membalas jasa itu saya harap awak simpan teddy bear ini . barang , surat segalanya yang awak berikan kepada saya masih saya simpan dan bau teddy bear yang awak kasi itu masih ada ."

salam dari sahabatmu .

cikrushy

hakimi . sudah 5 tahu berlalu . terimakasih kerana awak masih ingat segalanya . saya sudah lama memaafkan awak dan keluarga awak . saya harap awak disana gembira di samping orang yang tersayang . terimakasih kerana menjaga saya suatu ketika dahulu . saya sudah terima surat dan barang awak . saya hargai segalanya . saya harap awak jumpa jodoh awak yang lebih baik dari saya. susah - susah awak ja hantar kat rumah . hehe tq sebab ingat lagi apa yang laila suka . eyh awak kat London tu elok-elok ja . ewah nanti kawan dengan minah saleh pulok. take care yea .

# abang hensem a.k.a posmen thanks sebab hantarkan semua ini dan penantian laila sudah terjawab .


8 comments:

Iyaz Syiera said...

Sweeet je kan ^^

KorN said...

alahai sedih nye bila bace cter laila nie... tak tau nak cakap ape... btw, tabahkan hati dan nampak dri cter tu laila ni seorg yg kuat smgt...

laila lee said...

iyaz : hehe kawan - kawann . hehe tq

laila lee said...

korn : thnks awak . agak la kot hehe

♥ layla naziera ♥ said...

seriously sedih sangat :(

Eika Nur said...

touching betul story laila :(
sabar yea laila
pasti ada hikmah di sebalik dugaan yang Allah berikan buat kita
kita hanya mampu berdoa dan memohon yang terbaik
semoga laila tabah dalam menghadapinya :)

laila lee said...

LAYLA : HMM laila lagi sedih =='

laila lee said...

eika : touching ? alahai hmm act sedih jugak la thnks awakk i love you hehe

 
Segala Yang Tercatat Diatas Adalah Hak Milik Laila